Thursday, February 5, 2009

Bidaah yang dilakukan dengan menambah atau mengurangkan, terikat
dengan cara-cara tertentu dalam melakukan ibadat yang mutlak adalah
termasuk dalam masalah khilafiah. Setiap orang mempunyai pendapat yang
tertentu. Tidak menjadi kesalahan mencari hakikat melalui bukti dan dalil.

Penjelasan
Bidaah dengan cara menambah bermaksud, menambah perkara yang
telah disyariatkan Islam dengan perkara-perkara lain yang bukan disyariatkan.
Bidaah dengan cara meninggalkan pula bermaksud meninggalkan sebahagian
dari perkara-perkara yang telah disyariatkan. Termasuk dalam bidaah pertama
ialah menambah bacaan yang tidak disyariatkan selepas azan dan termasuk
dalam bidaah kedua ialah meninggalkan sembahyang sunat selepas sembahyang
Jumaat sepanjang masa.
Yang dimaksudkan dengan berpegang atau mengikat diri dengan ibadat
yang mutlak ialah melakukan sejenis ibadat yang tertentu menurut ghalibnya
ibadat ini dilakukan pada waktu-waktu yang tertentu sedangkan ibadat tersebut
tidak pernah dilakukan oleh Rasulullah (s.a.w), seperti membaca Al-Fatihah,
Surah Al-Ikhlas tiap- tiap hari selepas sembahyang subuh atau ibadat-ibadat
lain.
Ketiga-tiga perkara ini mengikut pendapat Mursyid ialah termasuk
perkara-perkara khilafiah dan tidaklah menjadi kesalahan menyelidiki perkaraperkara
tersebut untuk mengetahui apakah harus dilakukan mengikut syariat
atau tidak. Kita berpendapat perkara tersebut lebih baik ditinggalkan kerana
tidak pernah diriwayatkan dari Rasulullah (s.a.w) sedangkan ibadat yang
diterima dan diriwayatkan daripada Rasulullah (s.a.w) sudah mencukupi bagi
mereka yang inginkan kesejahteraan dalam agamanya dan mendapat
kemenangan di akhirat.
Atas dasar ini kita mewasiatkan supaya berpegang teguh dan
membataskan ibadat dalam lingkungan ibadat-ibadat yang diterima daripada
Rasulullah (s.a.w) sahaja, baik dan segi jenis ibadat tersebut, bentuknya,
keadaannya, masa dan kaifiatnya. Kita juga mewasiatkan supaya meninggalkan
ibadat-ibadat yang tidak pernah diterima daripada Rasulullah (s.a.w) kepada Allah dan kerana Allah.


As-Syahid Hasan Al-Bana

No comments:

Post a Comment