Thursday, February 5, 2009

Asssalamulaikum saudara seakidah dengan ku...

syukur kepada Allah yang telah melahirkan kita diatas muka bumi ini dan memberikan kita nikmat ubudiah kepadnya,
merasai akidah benar ahlusunah bersama dengan golongan benar dalam Al-Quran dan sunah iaitu ahli sunah wal jamaah dengan kefahaman yang mudah iaitu tauhid uluhiyah,rububiah dan asma wasifat.
yang telah menjadikan akal kita waras dalam menilai.

semoga Allah menerangkan jalan dakwah yang terlalau perlbagi di atas muka bumi ini dengan pelbagai ideologi.dan metodologi de ngan sejelasnya dan tidak menyesatkan kita.

ingat !!! mari kita rasional dan renung kata-kata iman as-syahid hasan alabana dalam usul isrin yang ke 6 iaitu:

...."perkataan seseorang boleh diterima atau ditolak,kecuali perkataan rasulullah (saw) yang bersifat maksum...."

jadi seperti yang diterang kan oleh ramai ulamak hadis dan disetujui oleh ramai ustaz dan ulamak serta maulana tapi ,....amat sedikit yang mempraktik dalam hidup mereka kata hasan di bana di atas
yang selari dengan al_quran dan sunah.

mereka (ramai ustaz dan ulamak serta maulana) bersetuju

" kita harus menilai islam dengan akal dan wahyu.kita bukan ikut membabi buta (taklid).kita akan menilai sesuatu dengan rujukan al-Quran dan hadis.jadi jika ada kata ustaz,ulamak,kata-kata orang lama,dan maulana yang kata mereka pelik
dari Al-QUran dan hadis, tak masuk akal dengan hadis yang tak diberitahu status serta cerita yang tidak tahu asal usul (seperti dari isrealiat) kita boleh tolak walaupun dari ulamak yang besar,walaupun dia ustaz,tok syekh,guru pondok,maulana dll (yang dihormati dalam agama)
mereka boleh dibangkang dan dipertikai tanpa mengurangi jasa mereka kepada islam.

kerana manusia itu manusia,....manusia akan buat silap,...tapi SATU KESILAPAN BESAR SEANDAINYA TERUS MELAKUKAN KESALAHAN TERSEBUT DAN TIDAK MAHU MENDENGAR TEGURAN.SEAKAN MEREKA LEBIH HEBAT DARI NABI.
(jadi peranan kita pandai-pandailah.kalau dah tegur banyak kali tak ubah janganlah kita jadi orang tak bijak dengan
terus bersama mereka,carilah jemaah lain yang sahih.dan kita tidak akan bermusuh dengan mereka.doa saja satu hari mereka kan sedar.dan doa juga kita akan jumpa jemaah yang benar)

jadi... apa yang ingin saya bawa di sini adalah satu penjernihan islam,pencerahan islam,dan usaha mencari jemaah islam yang benar,jemaah islam yang ditungu oleh ramai orang,jemaah yang hebat seperti sahabat nabi.

saya memohon dari Allah azawajal supaya usaha ini tidak menimbulkan peretakan ukhwah antara jemaah islam yang ada dan saya mohon setiap pihak matang dalam menilai.jangan ikut emosi saja.

kita saling tegur menegur dalam rangka membaiki keimanan ,bukan mencari silap pihak lain dan kita akhirnya tak buat apa-apa.

jadi sebarang masalah kita boleh diskusi secara baik dan penuh kecintaan kepada Allah.

semoga Allah menyatukan kita dalam satu pemahaman tarbiah yang benar atas landas Al-quran dan Sunah...wallah walam.

No comments:

Post a Comment